Shaheizy ceria bersama isterinya di bilik bersalin. FOTO Syatilla Melvin
Shaheizy ceria bersama isterinya di bilik bersalin. FOTO Syatilla Melvin
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Pelakon Syatilla Melvin yang juga isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini, jam 11 pagi hari ini.

Sam, 34, yang memuat naik berita gembira itu di Instagram kira-kira jam 11.30 pagi hari ini melahirkan rasa syukurnya.

"Alhamdulillah. Terima kasih atas dia yang baik-baik daripada anda semua. Apa nak bagi nama dia ek?," tulisnya di Instagram.

Sam turut memuat naik gambar dia di sisi Syatilla di dalam bilik bersalin pusat perubatan berkenaan.

“30 minit yang lepas. Alhamdulillah syukur ya Allah!” tulisnya.

Sementara itu, ibu Sam iaitu pelakon, Khaty Fauziah turut meluahkan rasa syukur terhadap berita gembira itu.

Khaty yang memuat naik gambar dia bersama Syatilla di Instagram turut mengucapkan tahniah kepada anaknya itu.

“Alhamdulillah, selesai sudah. Hari ini 9.05.2017 lahirnya seorang insan lelaki. Tahniah anakandaku," katanya.

Shaheizy dan Syatilla bernikah pada 8 Februari tahun lalu di Bukit Jawi Golf Club, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 2:02 PM