MAS Ayu menunjukkan produk Paru Crispy Original keluaran Ayukitchen di Bandar Puncak Alam. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
MAS Ayu menunjukkan produk Paru Crispy Original keluaran Ayukitchen di Bandar Puncak Alam. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: D Ayu Avenue, pengeluar produk Paru Crispy Original di bawah jenama AyuKitchen merancang melebarkan sayapnya ke pasaran Indonesia dan Brunei tahun ini.

Pengasasnya, Mas Ayu Ismail berkata, AyuKitchen sudah berada di pasaran sejak 2016 dan sudah menembusi pasaran Singapura.

"Produk kami yang paling laris adalah Paru Crispy Original dan syukur rezeki musim pandemik Covid-19, kami berjaya menjual lebih 30,000 balang sejak Julai tahun lalu.

"Tahun ini kami optimis melalui ejen dan dropship yang berkualiti, produk AyuKitchen akan diperluaskan bukan sahaja di pasaran Malaysia malah luar negara.

"Selain itu, kami juga mengeluarkan produk baru iaitu Potato Sweet Spicy dan Sambal Berzaman bagi melengkapkan lagi barisan produk sedia ada untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, produk keluaran AyuKitchen dibuat mengikut resipi asli keluarga turun temurun dan tanpa monosodium glutamate (MSG) serta mempunyai sumber protein yang tinggi.

Mas Ayu berkata, pihaknya juga membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menjadi ejen dengan modal serendah RM100.

"Semua produk kami dijual pada harga RM23 setiap satu dan bagi tahun ini juga kami menyasarkan jualan sebanyak 100,000 unit produk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 11:07 AM