PAUL McManus. FOTO Arkib NSTP
PAUL McManus. FOTO Arkib NSTP
Bisnes Metro

Kuala Lumpur: Maxis eCommerce & Retail menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian baharu yang akan menyokong jenama tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Digital Marketing Starter Kit.

Ia adalah platform pemasaran digital sehenti yang membantu perniagaan menggunakan e-dagang untuk menjangkau lebih ramai pelanggan dan meningkatkan penjualan dengan melancarkan iklan yang berkesan di Facebook, Instagram dan Google dalam empat langkah mudah.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, Cloud POS Lite adalah penyelesaian berpatutan yang memberi peluang kepada perniagaan makanan dan minuman (F&B) untuk jualan dalam talian lebih pantas, menjangkau lebih ramai pelanggan dan menguruskan pesanan dengan berkesan bersama rakan pembayaran dan penghantaran bersepadu dalam satu platform.

"Kedua-dua produk itu sebahagian daripada tawaran Geran Pendigital PKS yang membolehkan perniagaan menuntut subsidi 50 peratus sehingga RM5,000.

"Sebagai penyedia penyelesaian konvergen yang terkemuka, kami berusaha untuk menjadi rakan niaga perniagaan yang dipercayai untuk Terus Menerajui dalam dunia yang sentiasa berubah.

"Kami memahami cabaran yang mereka hadapi dan mempunyai penyelesaian dan kepakaran untuk membantu meningkatkan perniagaan mereka.

"Tujuan kami untuk membolehkan perniagaan dari semua saiz memperoleh pelanggan baru dan mendorong lebih banyak pendapatan melalui pakej yang disesuaikan menggunakan pemasaran digital strategik dan analisis mendalam," katanya dalam kenyataan.

Antara pelanggan Maxis yang memanfaatkan platform berkenaan adalah MR DIY di mana ia membantu peningkatan ciri kedai web seperti Click and Collect, pengaktifan e-dompet dan QR Pay.

"Maxis menerapkan strategi pemasaran digital yang berfokus kepada produk penting seperti pelitup muka dan pembersih tangan, untuk memenuhi keperluan pelanggan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 9:14 AM