FOTO Zaid Salim
FOTO Zaid Salim
Oleh Zaid Salim


Kuala Terengganu: Remaja berusia 18 tahun maut manakala tiga beranak termasuk kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah apabila dua motosikal bertembung di Kampung Jeram, Manir di Kuala Terengganu, 9.50 malam tadi.

Rahimie Jame A. Rahim, 18, yang menunggang Honda EX5 meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berikutan parah di kepala.

Tiga beranak itu pula yang masih belum dikenal pasti identiti dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Motosikal yang ditunggang Rahimie dari Lorong Pengkalan Jejawi, Jeram bertembung dengan motosikal Yamaha Ego dinaiki tiga beranak terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2015 @ 12:27 PM