EMPAT  kenderaan terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Kampung Bagan Nira.
EMPAT kenderaan terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Kampung Bagan Nira.
Oleh Mohd Shukor Amin

Sabak Bernam: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Klang - Teluk Intan berhampiran Kampung Bagan Nira di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kemalangan kira-kira jam 1 petang itu membabitkan dua Proton Waja, sebuah lori dan sebuah pacuan empat roda.

“Kemalangan berlaku apabila Proton Waja yang dipandu abang mangsa dari arah Teluk Intan menghala ke Sabak Bernam gagal memotong sebuah lori menyebabkan kenderaan itu bergesel dengan lori terbabit sebelum melanggar dua kenderaan lain.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa Nur Shahirah Abd Razak, 15, maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta patah kaki, bapa mangsa patah tulang rusuk manakala seorang kanak-kanak lelaki yang juga penumpang kereta itu patah kaki,” katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:49 AM