AFDLIN (kanan) dan Aziz M Osman (kiri) bersama pemain skuad kebangsaan. FOTO Aziman Rosdi
AFDLIN (kanan) dan Aziz M Osman (kiri) bersama pemain skuad kebangsaan. FOTO Aziman Rosdi
AFDLIN (kiri) dan Datuk Ong Kim Swee. FOTO Aziman Rosdi
AFDLIN (kiri) dan Datuk Ong Kim Swee. FOTO Aziman Rosdi
Daripada Aziman Rosdi di Amman


PELAKON dan pelawak terkenal Afdlin Shauki yakin skuad Harimau Malaya mampu menewaskan Palestin dalam aksi kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa Amman, esok.

Afdlin, 44, yang berada di Amman bagi program bantuan kemanusian pelarian Syria bersama Muslim Care Malaysia sempat singgah di hotel penginapan skuad negara di Amman untuk bertemu dengan pemain dan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Menurut pengacara Superspontan All Stars itu yang juga penyokong setia Harimau Malaya, beliau teruja apabila mendapat tahu pemain negara berada di Amman dan mengambil masa untuk bertemu sebelum pulang ke Malaysia malam ini.

"Saya memang peminat Harimau Malaya dan apabila mendapat tahu mereka berada di sini, saya terus datang untuk memberikan sedikit tanda sokongan dan kata-kata semangat kepada mereka.

"Saya yakin pasukan negara boleh menewaskan Palestin dengan pemain terbaik yang kita ada sekarang," katanya.

Afdlin serta beberapa anggota Muslim Care Malaysia termasuk pengarah tersohor, Aziz M Osman sudah berada di Amman Sabtu lalu untuk menyampaikan bantuan kepada pelarian Syria di kem pelarian di Mafraq.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 7:37 PM