PENULEN udara terkini daripada LG.
PENULEN udara terkini daripada LG.

Kuala Lumpur: LG Electronics (LG), peneraju teknologi global menerusi segmen elektronik pengguna, komunikasi mudah alih dan peralatan rumah memperkenalkan siri terkini penulen udara PH-U459WN dan PS-R459WN, dioptimumkan untuk gaya hidup yang lebih sihat berfungsi dengan cekap untuk persekitaran rumah dan alam sekitar.

LG Air Purifiers dilengkapi enam lapisan sistem pembersih udara utama yang menghapuskan habuk dan bahan yang menyebabkan jerebu. Sistem perlindungan canggih terbabit dilengkapi pensterilan kukuh dengan pelembapan semula jadi bagi memastikan kualiti udara berada pada tahap optimum.

Pengarah Urusan LG Electronics (M) Sdn Bhd, David Oh berkata, ia dibangunkan untuk membersihkan udara dengan menghapuskan zarah seperti rambut, bulu haiwan peliharaan, bakteria kecil dan debu dengan Penapis Dual Proses Perlindungan diikuti Penapis Alahan yang memerangkap alergen, debunga dan kulat menggunakan proteinase enzim K.

“Buat masa ini, jerebu isu besar dan pengguna terutamanya kanak-kanak menerima kesan akibat perubahan ini. LG mengambil langkah untuk menangani keadaan membimbangkan ini dengan memperkenalkan inovasi yang akan membantu melindungi pengguna daripada pencemaran udara dengan menawarkan inovasi terbaru ini.

“Plasmaster Ionizer menghasilkan lebih dua juta ion plasma untuk membunuh bakteria udara, virus dan bahan berbahaya. Spesifikasi ini untuk memastikan kelembapan udara dalaman serta mencipta ruang hidup yang bersih dan sihat kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

LG Air Purifier bersepadu dengan penunjuk pintar turut menunjukkan tahap pencemaran udara dalaman dengan tiga peringkat iaitu sangat tercemar, sedikit tercemar dan bersih bagi mencetuskan kelajuan kipas yang paling sesuai mengikut persekitaran udara secara automatik.

Kedua-dua model, PH-
U459WN dan PS-R459WN boleh didapati di kedai runcit berdekatan pada harga masing-masing RM1,999 dan RM1,299.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 6:05 AM