PENAPIS kaca HEPA 360 Dyson diuji pada beberapa jenis partikel untuk hasil penapisan maksimum.
PENAPIS kaca HEPA 360 Dyson diuji pada beberapa jenis partikel untuk hasil penapisan maksimum.
PENCEMARAN udara yang terperangkap di dalam rumah dapat disingkirkan dengan mudah.
PENCEMARAN udara yang terperangkap di dalam rumah dapat disingkirkan dengan mudah.
UJIAN ke atas asap rokok dilakukan secara berterusan pada Dyson Cool Link untuk memastikan keberkesanannya.
UJIAN ke atas asap rokok dilakukan secara berterusan pada Dyson Cool Link untuk memastikan keberkesanannya.
Nor Faizah Mohamed


Ungkapan ‘kita adalah apa yang kita makan’ memang ada benarnya. Apa saja yang dimasukkan ke dalam mulut sama ada hidangan sihat atau sebaliknya akan mempengaruhi fizikal dan minda kita.

Dengan pelbagai kempen kesihatan dan gaya hidup seimbang, kita cenderung memberi perhatian kepada aspek pemakanan serta penjagaan kesihatan seperti amalan bersenam secara konsisten.

Namun berapa ramai pula yang memberi perhatian kepada suasana sekeliling seperti pencemaran udara dan sebagainya?

Asap kenderaan, rokok, habuk bangunan dan debu jalanan yang dihadapi setiap hari tidak ketinggalan menjadi ancaman pada tahap kesihatan diri tanpa disedari.

Kualiti udara kini diletakkan sebagai salah satu faktor paling berpengaruh terhadap kesihatan kita. Bagaimanapun, isu pencemaran udara ini agak rumit dan sukar difahami ramai berikutan ia tidak dapat dikesan dengan mudah oleh deria hidu dan penglihatan manusia.

Contohnya apabila cuaca sejuk, tubuh mudah berasa dingin dan menggigil. Namun hidung kita tidak berupaya mengesan sama ada udara yang dihidu itu selamat ataupun tercemar.

Hakikatnya, saban hari tubuh kita terdedah kepada toksin, karsinogen dan bahan pencemar organik hingga membawa kepada peningkatan risiko penyakit serius.

Untuk mengatasinya, ada yang mengesyorkan kurang melakukan aktiviti di luar rumah. Rasionalnya, duduk di dalam rumah dapat mengelakkan diri daripada terdedah dengan pencemaran udara ini.

Sebenarnya, tiada jaminan kualiti udara dalam rumah itu berada pada tahap terbaik kerana lebih banyak partikel halus yang terapung dalam ruang tertutup hingga boleh memberi masalah kepada saluran pernafasan.

Udara dalam rumah dipenuhi partikel halus terhasil disebabkan pelbagai aktiviti harian yang kita lakukan seperti memasak, merokok, penggunaan mesin pencetak, semburan aerosol bagi menghapuskan atau menghalau serangga, menggaya rambut dengan produk semburan dan membersihkan rumah dengan alat hampagas yang tidak mempunyai penapis berkualiti.

Selain habuk dan partikel halus, udara turut dicemari dengan virus dan bakteria yang boleh disedut masuk ke paru-paru serta bergerak dalam darah, hingga memberi kesan negatif kepada kesihatan terutama kanak-kanak kecil, warga emas dan mereka yang memiliki ketahanan badan yang lemah.

Di sinilah wujudnya teknologi alat penapisan udara yang berusaha membantu memerangkap segala bahan halus dalam udara, sekali gus menjadikan udara lebih bersih, segar dan sihat untuk dihela.

Seperti ditunjukkan Dyson ketika sesi lawatan media Malaysia ke pusat kajian dan pembangunannya (R&D) di Singapura, baru-baru ini, alat penapis udara versi moden berupaya memberikan kualiti udara yang lebih baik dengan penapis yang lebih efektif memerangkap habuk serta partikel paling halus.

Menerusi pengenalan kepada alat penapis udara Dyson Pure Cool Link, setiap partikel halus dapat diperangkap dan ditapis, lalu menjadikan udara di dalam rumah lebih segar serta bersih.

Pembersihan pintar oleh Dyson Pure Cool Link ini membuatkan kualiti udara dalam rumah sentiasa berada pada tahap terbaik dan konsisten.

Pada masa sama, Laporan Penyiasatan Fungsi Pembersihan Produk Dyson yang dijalankan di China, Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan membuktikan penggunaan penapis kaca 360 darjah Kecekapan Tinggi Partikel Udara (HEPA) yang dibangunkan secara unik oleh Dyson berupaya memerangkap serta menapis sehingga 99.95 peratus partikel halus.

Udara punca penyakit

Menurut jurutera kanan Dyson Phey Hong Soh, teknologi penapis udara yang dibangunkan Dyson menerusi Pure Cool Link ini menyedut keseluruhan udara dalam radius 360 darjah dan memastikan partikel yang terperangkap tidak terlepas kembali ke udara.

“Setiap minit kita menyedut sekurang-kurangnya 10 liter udara yang akan memberi impak secara langsung kepada paru-paru kita.

“Wujud banyak partikel halus terapung dalam udara yang kita sedut ini. Saiznya kecil antara 0.1 mikron dan 2.5 mikron, menyebabkannya sukar dilihat mata tetapi apabila memasuki paru-paru, ia mampu mengancam kesihatan kita.

“Partikel halus yang ada dalam udara itu juga bersaiz terlalu halus sehingga 1,000 kali lebih kecil berbanding sehelai rambut manusia.

“Biasanya apabila kita menyedut partikel bersaiz 2.5 mikron, ia boleh berkumpul dalam selaput paru-paru dan dikaitkan dengan masalah serangan jantung, strok serta penuaan pramatang.

“Sementara partikel lebih halus, 0.1 mikron, berupaya bergerak lebih jauh ke dalam sistem tubuh hingga boleh menembusi aliran darah sebelum berkumpul di bahagian bronkus paru-paru.

“Bunyinya menakutkan tetapi ramai tidak kisah dengan apa yang ada dalam udara yang kita sedut ini.

“Bagaimanapun, situasi ini mula menjadi kebimbangan dalam kalangan komuniti urban, apabila laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sekurang-kurangnya dua ke lima kali populasi negara maju terdedah kepada pencemaran udara pada tahap tinggi.

“Tidak lama lagi dijangka penyakit berkaitan udara atau berpunca daripada pencemaran udara ini akan mencatat rekod tinggi malah sama seperti kadar kematian disebabkan AIDS dan malaria.

“Justeru apa yang diusahakan Dyson ketika ini tidak semata-mata untuk kepentingan jenama tetapi bagaimana kami dapat memainkan peranan dalam membantu masyarakat,” katanya.

Kata Phey, kita sedia maklum dengan isu pencemaran udara di Asia Tenggara mula menjadi perkara biasa dan bukan sesuatu yang menjadi kebimbangan penduduk di rantau ini.

“Kita terbiasa dengan masalah pencemaran di negara sendiri dan negara berjiran. Kita tidak lagi ambil peduli malah sudah biasa dengan perubahan cuaca secara mendadak, pembakaran terbuka dan masalah jerebu.

“Selain pencemaran di luar rumah, setiap masa kita juga terdedah secara langsung kepada pencemaran disebabkan asap rokok, asap ketika memasak, asap lilin wangi, penggunaan bahan semburan, penggunaan hampagas, bau cat dinding dan sebagainya.

“Dengan keadaan rumah tertutup dan tiada sistem pengaliran udara yang betul, pencemaran ini terperangkap di dalam rumah hingga membuatkannya lima kali lebih tercemar berbanding udara di luar.

“Sudahlah kita terdedah dengan pencemaran di luar rumah, di dalam rumah pun pencemaran yang sama perlu dihadapi,” ujarnya.

Dengan kemampuan menyedut keseluruhan udara pada radius 360 darjah di dalam rumah, Dyson Cool Link membantu memastikan partikel yang terperangkap tidak terlepas kembali ke udara.

Butiran lapisan karbon aktif juga memastikan bauan tidak enak atau berbahaya kepada kesihatan dapat disingkirkan.

Selain berupaya menapis dan memerangkap 99.95 peratus partikel halus daripada memasuki sistem pernafasan, ia turut bertindak memerangkap 99 peratus virus dan bakteria yang terapung di udara dalam rumah termasuk influenza dan kulat bersaiz sehalus 0.1 mikron yang boleh mengancam kesihatan.

Pada masa sama, alergen yang disingkirkan akan dapat melindungi golongan warga emas dan kanak-kanak daripada kesan alahan teruk.

Dyson Pure Cool Link juga mempunyai gaya ultra moden tanpa bilah kipas, yang selamat digunakan dan tanpa bimbang dengan ancaman pada kanak-kanak.

Bagi memudahkan kawalannya, Dyson Link iaitu aplikasi yang boleh dimuat turun melalui iTunes dan Google Play diperkenalkan.

Ia memberi kelebihan kepada pengguna mengawal dan memantau mesin Dyson dari jauh dengan penggunaan telefon pintar atau tablet di rumah mahupun ketika di luar.

Ia membantu memantau kualiti udara dalam dan luar rumah, mengawal kelajuan kitaran angin, penentu masa rehat dan kitaran.

Aplikasi ini juga memudahkan pengguna melihat data kualiti udara terdahulu setiap hari untuk melihat bagaimana dan bila mesin melakukan pembersihan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 12:15 PM