BARISAN penggiat sukan yang memenangi Anugerah ASUS Pahang 2015.
BARISAN penggiat sukan yang memenangi Anugerah ASUS Pahang 2015.
Oleh Asrol Awang

Kuantan: Bagi menghargai usaha penggiat sukan dalam membantu pembangunan dan kejayaan sukan di Pahang, Jabatan Belia dan Sukan Pahang Pahang memberikan pengiktirafan menerusi Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS), baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, enam anugerah menjadi tumpuan iaitu kategori Orang Kelainan Upaya (OKU), Pemimpin Lelaki dan Wanita, Keluarga Aktif, Persatuan dan Tokoh ASUS.

Bagi kategori OKU, ia menjadi milik Ahli Jawatankuasa Persatuan OKU (PESRON) Pahang, Khairudin Zakaria yang menerima plak kristal, wang tunai RM2,000 serta sijil.

Kategori Pemimpin Lelaki dan Wanita diraih Naib Pengerusi Majlis Seni Mempertahankan Diri Pahang, Syed Mohamed Syed Abdul Rahman dan Penyelia Kanan Pembangunan Pejabat Pendidikan Cameron Highlands, Juanita Lee, masing-masing menerima plak kristal, wang tunai RM2,000 dan sijil.

Presiden Kelab Berbasikal Reborn Raub, C Thevendaran turut membawa pulang hadiah sama bagi penerima Anugerah Keluarga Aktif 2015.

Tiga persatuan terbaik iaitu Persatuan Kecergasan Daerah Rompin pula dinobat juara bagi kategori berkenaan sekali gus membawa pulang plak kristal, RM5,000 dan sijil.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Dzul-kifly Osman pula menerima pengiktirafan sebagai Tokoh ASUS Pahang tahun ini dan menerima sebuah plak kristal serta sijil bersama wang tunai RM2,000.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 8:07 AM