KOLEKSI Matcha Shortbread Cookies dihasilkan daripada teh hijau yang dipetik segar dari kebun di Jepun.
KOLEKSI Matcha Shortbread Cookies dihasilkan daripada teh hijau yang dipetik segar dari kebun di Jepun.

Ada kalanya sukar untuk melelapkan mata walaupun esoknya perlu bangun awal daripada biasa. Mulalah diri ‘meneroka’ apa yang ada di dalam peti sejuk dan biasanya makanan serta minuman ringan jadi pilihan.

Namun menarik juga apabila sesekali beralih kepada biskut dan teh yang enak dinikmati sambil melayan mata menonton program variasi ulangan di televisyen.

Seperti yang diketengahkan TWG Tea dalam koleksi terkininya, biskut Scottish buatan tangannya seiring dengan padanan teh segar yang memberikan rasa manis tidak keterlaluan.

Menampilkan empat teh kegemaran TWG, koleksi biskut eksklusif ini bukan hanya seronok dinikmati ketika minum petang, tetapi tidak mengira masa.

Biskut Scottish ini dihasilkan mengikut resipi tradisi, di mana ia menjadi biskut kegemaran Ratu Mary dari Scotland pada abad ke-16.

Koleksi Matcha Shortbread Cookies adalah seleksi biskut bersama teh hijau premium dari Jepun. Matcha, bermaksud teh hijau dalam bahasa Jepun, dipetik segar dari kebun teh di kawasan pedalaman Jepun.

Koleksi Earl Grey Shortbread Cookies pula me­nyerlahkan rasa sitrus pada teh Earl Grey Perancis yang lebih bersifat mewah dan klasik.

Penggemar karamel

pastinya tertarik dengan koleksi Napoleon Tea Shortbread Cookies yang menonjolkan antara teh pengenalan TWG Tea - teh Napolean yang dihasilkan daripada teh hitam berkualiti tinggi lalu diadun bersama rempah manis dari Perancis dengan sedikit sentuhan vanila yang membangkit­kan aroma.

Sementara koleksi Lemon Bush Tea Short bread Cookies memberikan rasa unik daripada teh Lemon Bush iaitu hasil kombinasi teh merah dari Afrika Selatan dan buahan sitrus.

Semua koleksi ini boleh didapati di TWG Tea seluruh Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 5:05 AM