PAMERAN CELCOM 4G LTE.
PAMERAN CELCOM 4G LTE.

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad menganjurkan CELCOM 4G LTE Phone Fair dengan tawaran potongan sehingga 90 peratus untuk telefon pintar.

Acara berkenaaan yang akan diadakan sehingga 31 Disember 2015 di semua cawangan Blue Cube, pengedar utama dan CELCOM Xclusive Partners. Tawaran berkenaan dibuka untuk pelanggan Celcom sedia ada dan pelanggan baru.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan, Celcom Axiata Berhad, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata, pameran berkenaan antara lain menjadi platform untuk semua jenama telefon pintar yang akan ditawarkan dengan pakej menarik dan berpatutan.

“Acara ini adalah yang terbesar di Malaysia dan ia dijangka menjadi acara utama yang dinantikan setiap tahun. Kami turut menawarkan rangkaian 4G LTE yang terbesar dan terpantas di Malaysia bagi dipadankan dengan telefon pintar yang ditawarkan pada pameran ini,” katanya.

Antara tawaran yang menanti adalah pakej iPhone 6 serendah RM238, Samsung Galaxy Note 5 serendah RM1,138 dan Samsung Galaxy S6 serendah RM1,088.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:08 AM