Caption<(DARI kiri) Ketua Perniagaan Peranti Celcom Harcharan Singh, Ketua Pemasaran Runcit dan Harga Zuwairi Zakaria dan Ketua Operasi Runcit Hasri Zulkifly menunjukkan pelbagai model telefon pintar yang boleh dimiliki secara percuma melalui promosi terbaru Celcom.
Caption<(DARI kiri) Ketua Perniagaan Peranti Celcom Harcharan Singh, Ketua Pemasaran Runcit dan Harga Zuwairi Zakaria dan Ketua Operasi Runcit Hasri Zulkifly menunjukkan pelbagai model telefon pintar yang boleh dimiliki secara percuma melalui promosi terbaru Celcom.
Sofyan Rizal Ishak


CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menawarkan peluang eksklusif kepada pelanggan untuk memiliki satu atau lebih telefon pintar daripada 100,000 unit yang ditawarkan secara percuma tanpa bayaran pendahuluan.

Selama 101 hari, bermula 20 September lalu hingga 29 Disember ini, pelanggan Celcom Mobile bakal menikmati peluang pengecualian bayaran pendahuluan untuk kesemua pelan peranti tergabung pasca bayar Celcom.

Ia membabitkan Celcom Mobile Gold Plus, Celcom Mobile Gold Supreme, Celcom Mobile Platinum dan Celcom Mobile Platinum.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Mohamad Idham Nawawi berkata, syarikat meningkatkan pelan perantinya bagi memudahkan pelanggan memiliki telefon pintar 4G baru atau menaik taraf telefon pintar sedia ada.

“Pelanggan dapat menikmati pengalaman video terbaik dengan rangkaian Celcom memandangkan kini lebih mudah untuk memilik peranti yang menyokong rangkaian 4G menerusi kempen baru Celcom iaitu percuma telefon pintar untuk 101 hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Celcom lebih daripada 12 bulan dan tidak pernah dikenakan sekatan perkhidmatan selama tiga bulan boleh menikmati pengecualian awal apabila melanggan salah satu daripada empat pelan di atas bersama kontrak peranti.

Selain itu, pelanggan baru Celcom juga dapat menikmati pengecualian sebahagian bayaran pendahuluan apabila mereka mendaftar dengan mana-mana pelan peranti tergabung Celcom.

“Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai pilihan telefon pintar 4G yang terkini di antaranya Huawei P20, Oppo F9, Huawei Nova 3i, Oppo A3s, Huawei Nova 2 Lite, iPhone6 32GB dan Samsung Galaxy J4,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 5:28 PM