MODEL menunjukkan telefon pintar terbaru, Samsung Galaxy S6 dan  Samsung Galaxy S6 Edge.
MODEL menunjukkan telefon pintar terbaru, Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge.

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad (Celcom) menawarkan pelan langganan Optimiser eksklusif bagi model telefon pintar terbaru, Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge yang menyediakan tambahan Internet percuma dan suara bulanan berdasarkan penggunaan individu.

Samsung Galaxy S6 didatangkan dengan warna biru Topaz ini ditawarkan secara eksklusif bersama First By Celcom pada harga serendah RM1,088 manakala Galaxy S6 Edge (RM1,488) dengan kontrak 24 bulan bermula 17 April hingga Mei 2015.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, Celcom bekerjasama dengan peneraju global bagi peranti mudah alih dan komputer peribadi, Samsung untuk menawarkan model telefon pintar terbaru itu selari dengan gaya hidup digital yang sentiasa berubah.

“Kami melengkapkan tawaran model ini dengan pelan Optimiser bertujuan memberikan pengalaman pelanggan terbaik kepada pengguna kami hanya dengan First,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tempahan awal boleh dilakukan mulai 3 April (semalam) sehingga 12 April ini dengan deposit RM200 di 15 cawangan Blue Cube, Pusat Celcom dan Celcom Xclusive terpilih manakala pengambilan peranti terbabit boleh dilakukan pada 16 April di cawangan sama bermula pada jam lima petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015 @ 5:17 AM