Banda Aceh: Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebahagian wilayah Aceh dilanda banjir besar kelmarin dan mengakibatkan ratusan penduduk terpaksa berpindah.

Dua kanak-kanak di Aceh Barat ditemui mati lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain di padang yang ditenggelami air.

Yusri Afriana, 9, dan Rabiani, 8, dilaporkan terjatuh ke dalam longkang ketika bermain dan terus dihanyutkan arus deras.

Mayat kanak-kanak itu ditemui sejam selepas itu tidak jauh dari lokasi mereka terjatuh oleh pasukan penyelamat.

Agensi bencana Aceh menasihatkan penduduk Aceh Barat supaya berhati-hati kerana sebahagian besar daerah itu masih ditenggelami air.

Beratus-ratus penduduk di daerah berkenaan dipindahkan ke kawasan selamat selepas kediaman mereka ditenggelami air. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 5:06 AM