JURUGAMBAR guna figura popular perli orang muda suka menunjuk-nunjuk di Instagram.
JURUGAMBAR guna figura popular perli orang muda suka menunjuk-nunjuk di Instagram.
JURUGAMBAR guna figura popular perli orang muda suka menunjuk-nunjuk di Instagram.
JURUGAMBAR guna figura popular perli orang muda suka menunjuk-nunjuk di Instagram.
JURUGAMBAR guna figura popular perli orang muda suka menunjuk-nunjuk di Instagram.
JURUGAMBAR guna figura popular perli orang muda suka menunjuk-nunjuk di Instagram.

Laman sosial popular, Instagram sememangnya menjadi kegemaran belia di seluruh dunia ketika ini. Boleh dikatakan hampir semua anak muda tahu mengenainya ataupun ada akaun dalam aplikasi laman sosial itu. Gambar yang dimuat naik pengguna boleh dilihat sepanjang masa dan banyak yang menonjolkan trend dan gaya hidup yang menyeronokkan serta berseni dipanggil budaya hipster.

Setiap gambar diambil dari sudut penuh berseni, objek biasa menjadi luar biasa apabila dirakamkan, fesyen terkini dipertontonkan dan gaya hidup yang penuh stail ditunjukkan. Memang seronok melihat gambar sebegini, namun tidak dapat dinafikan pasti timbul persoalan adakah mereka hanya menunjuk-nunjuk dan benarkah kehidupan mereka yang memuat naik gambar sebegitu sememangnya penuh berseni serta indah seperti digambarkan?

Ini memberi idea kepada seorang jurugambar bebas dari Oregon, Amerika Syarikat untuk menyindir secara halus budaya ini yang dianggapnya tidak jujur dan berpura-pura.

Jurugambar wanita yang enggan dikenali itu terfikir menggunakan figura patung popular budaya pop, Barbie adalah cara terbaik untuk memerli budaya memuat naik gambar menunjuk-nunjuk yang menggunakan alasan seni ini.

Dia mencipta satu akaun di Instagram atas nama SocalityBarbie dan memuat naik gambar patung Barbie yang bergambar seperti yang biasa dibuat belia hipster di laman sosial itu.

“Ya, sememangnya gambar yang mereka muat naik itu cantik dipandang, namun kini semuanya hanya nampak sama sahaja.

“Ia tidak nampak jujur dalam berkongsi gambar dan lama-kelamaan sebenarnya ia membosankan kerana semua orang mahu menunjuk-nunjuk,” katanya kepada Majalah US Seventeen.

Katanya, mereka yang memuat naik gambar seperti ini seakan-akan cuba menunjukkan kehidupan dan rupa sempurna seorang insan, tidak ubah seperti budaya yang ditunjukkan Barbie, walhal itu bukanlah realitinya.

“Terkilan juga melihat apa yang terjadi pada media sosial.

“Daripada satu ruang untuk berkongsi pengalaman dan cerita melalui gambar dengan jujur, ia kini menjadi tempat orang ramai menunjuk-nunjuk apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka ada,” katanya kepada ABC News.

Jurugambar itu menggunakan teknik photoshop dan membuat sendiri baju yang nampak terkini dan mengikut gaya hipster untuk beberapa patung Barbie yang digunakan. Keterangan gambar atau kepsyen adalah apa yang selalu digunakan belia hipster dan dicampurkan sedikit dengan unsur perli serta jenaka.

Daripada perbuatan bangun awal pagi untuk ke pantai demi mendapatkan pencahayaan unik hinggalah menangkap gambar memegang aiskrim di dinding polos, banyak perbuatan budaya hipster tidak terlepas diperli oleh jurugambar kreatif ini.

Bolehlah kita membuat pautan #oops atau #terasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2015 @ 5:01 AM