Bagi peminat bintang pop terkenal, Taylor Swift, pasti sangat teruja dengan single terbaru, Dreams Wildest yang dihasilkan termasuk muzik videonya.

Sayangnya sentuhan muzik video dihasilkan pengarah terkenal, Joseph Kahn yang berkisar pada keindahan bumi Afrika itu dikecam.

Muzik video yang ditonton lebih 16 juta kali di Vevo itu mendapat banyak kritikan tidak puas hati kalangan penonton apabila menyifatkan ia umpama penjajahan.

Penduduk Afrika yang sinonim dengan jolokon kulit hitam tiba-tiba difantasikan menjadi kulit putih dan perkara itu dilihat sangat tidak sesuai.

Dalam video muzik itu, Taylor, 25, ditampilkan berpakaian sebagai seorang wanita era penjajahan di bumi Afrika tetapi hanya membabitkan pelakon kulit putih saja.

Kreativiti Kahn turut dikritik kerana dia dianggap tidak peka pada persekitaran kehidupan masyarakat pribumi Afrika meskipun kehidupan haiwan liar dimuatkan.

Kahn yang gigih mempertahankan hasil karyanya untuk muzik video itu menegaskan dia berniat baik dan mana mungkin cuba mengubah sesuatu.

Seiring judul lagu dan liriknya, Kahn berkata, inspirasi video muzik itu diolah berdasarkan kisah percintaan selebriti Hollywood klasik seperti Elizabeth Taylor dan Richard Burton.

Dia juga turut menjadikan beberapa filem klasik seperti The African Queen, Out of Africa dan The English Patient sebagai rujukan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:01 AM