PEMAIN Harimau Malaya sudah bersedia hadapi cabaran getir di Abu Dhabi.
PEMAIN Harimau Malaya sudah bersedia hadapi cabaran getir di Abu Dhabi.
Daripada Aziman Rosdi di Abu Dhabi

Bahang panas cukup dirasai pemain Harimau Malaya di Abu Dhabi, namun apa yang pasti kehangatan pertemuan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pastinya lebih getir buat mereka dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, esok.

Selepas hanya mengutip satu mata dalam dua perlawanan apabila seri 1-1 dengan Timor Leste dan dibelasah Palestin 0-6 di laman sendiri Jun lalu, anak buah Dollah Salleh dituntut melakukan kebangkitan jika mahu terus memberi saingan dalam kempen Kumpulan A.

Rekod pengendali kebangsaan itu tidak begitu baik ketika menentang pasukan dari negara Arab sejak mengendalikan pasukan negara Julai tahun lalu apabila turut kecundang 1-4 kepada Tajikistan, 0-3 di tangan Syria dan 0-6 ketika bertemu Oman.

Malah, lawan kali ini, UAE bukan calang-calang pasukan apabila menduduki ranking ke-70 dunia berbanding Malaysia (168).

Dalam situasi itu, timbul persoalan sama ada Dollah hanya akan mengarahkan Harimau Malaya untuk sekadar bertahan agar tidak diaibkan UAE selepas aksi kurang meyakinkan dalam perlawanan pemanas badan ketika seri tanpa jaringan dengan Bangladesh di Shah Alam minggu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 6:54 AM