SAMANTHA ketika perasmian rangkaian Saranari baru-baru ini.
SAMANTHA ketika perasmian rangkaian Saranari baru-baru ini.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

Lili casa blanca atau nama saintifiknya, lilium casa blanca adalah spesies lili oriental hibrid dengan bunga berwarna putih dan apabila kembang saiznya boleh mencecah antara enam hingga lapan inci.

Bau bunga casa blanca sangat wangi. Oleh kerana keistimewaan fizikal dan baunya, spesies yang juga digelar ratu lili itu menjadi bahan utama dalam pembuatan produk penjagaan kulit Saranari dari Menard.

Pengurus Kanan Penjualan dan Pemasaran Menard Malaysia Samantha Lee berkata, ekstrak lili casa blanca dijadikan bahan utama dalam produk penjagaan Saranari selepas kumpulan penyelidik Menard mendapati ada banyak kebaikan daripada spesies berkenaan.

“Ditanam di ladang di Koshimizu-cho, Hokkaido, Jepun, satu persekitaran sesuai untuk penanaman casa blanca dan ekstrak diambil dari tunas muda kecil yang baru tumbuh didapati berkesan untuk antipenuaan.

“Inti pati tunas muda yang kuat dan memberi faedah mencerminkan misi Menard untuk menghormati alam semula jadi dan menyumbang kepada pengguna melalui kemajuan kecantikan.

“Ekstrak semula jadi casa blanca bukan saja untuk kecantikan, tetapi juga bagi kesedaran ekologi,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan Saranari kepada media, di Bangsar, baru-baru ini.

Penyelidikan dan pembangunan yang begitu lama selain inspirasi unik membawa kepada penemuan manfaat semula jadi casa blanca sekali gus mencipta rangkaian produk kecantikan Saranari yang lebih baik.

Saranari terdiri daripada siri tujuh produk penjagaan penuaan menggabungkan penyelidikan berkesan dari Menard yang meliputi semua langkah penjagaan kulit yang diperlukan untuk kekal muda.

Dengan langkah penjagaan yang betul, ia akan bertindak dengan lebih berkesan jauh ke dalam kulit seterusnya memperbaiki kulit secara semula jadi. Lebih mengujakan, produk penjagaan ini mempunyai bau yang amat menyenangkan.

Beberapa kaedah utama penjagaan kulit yang disarankan ialah adalah mencuci/membilas, mengurut/pupur dan melembap/memanjakan kulit dengan krim sama ada krim malam atau siang.

Langkah dan teknik dilakukan semasa membersihkan wajah juga mempengaruhi keberkesanan rawatan. Ini kerana jika anda berkasar dengan kulit wajah, dikhuatiri akan merosak sel kulit.

Justeru, tindakan terbaik adalah dengan lemah lembut terhadap kulit walaupun ketika anda ingin membuang sel kulit mati pada wajah.

Samantha berkata, panduan langkah demi langkah untuk menggunakan produk Saranari bertujuan supaya ia memberi kesan yang dijanjikan kepada pengguna. Bahkan, dos bahan yang digunakan juga hendaklah mengikut sukatan yang disarankan.

Berikut saranan penggunaan produk Menard Saranari

Bersihkan wajah daripada solekan terlebih dulu. Ia diikuti mengurut wajah perlahan-lahan menggunakan bahan yang dikhaskan bagi melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, oksigen juga sampai pada semua bahagian dan kulit akan menjadi sihat.

Langkah seterusnya menggunakan topeng muka khas Saranari yang direndam dalam losen Saranari sebelum menyapu emulsion di lapisan permukaan topeng.

Seterusnya, topeng muka ditanggalkan dan wajah tidak perlu dibilas. Terakhir, sapu krim siang dan krim mata bagi mengekalkan nutrisi. Apabila kulit mendapat penjagaan sempurna, ia akan menjadikan wajah anda kelihatan segar, cerah dan bermaya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 12:17 PM