Lambakan set penjagaan muka di pasaran mengubah persepsi Julia Jamil mengenai produk kecantikan masa kini yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia. Justeru, dia mengambil langkah berani menyampaikan ilmu dan idea mengenai penggunaan produk kecantikan dan penjagaan diri berasaskan sumber semula jadi menerusi Khalila Miracle Skincare yang dirumus khas menggunakan bahan organik mesra solat dan mesra wuduk.

“Pada mulanya, saya menghasilkan produk ini menggunakan sumber semula jadi untuk kegunaan sendiri kerana ketika itu agak sukar untuk mencari rangkaian kecantikan berasaskan organik. Pada masa sama, saya membuat kajian selain menghadiri pelbagai kursus berkaitan untuk memperkenalkan Khalila Miracle Skincare di pasaran,” katanya.

Set penjagaan kulit ini sesuai untuk mereka yang mahu mengembalikan kesegaran dan kecantikan, namun pada masa sama ingin mendapatkan kulit sihat. Set ini mengandungi pembersih wajah dan krim malam dan siang. Mungkin kesan yang diperoleh agak lambat berbanding penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia, namun ia pasti berbaloi kerana bebas bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit dalam jang­ka panjang.

Menerusi maklumat yang diperoleh mengenai kebaikan sumber semula jadi, dia mendapati penggunaan bahan seperti ekstrak sel stem epal menganjalkan dan menegangkan kulit wajah manakala sumber bahan organik dan minyak argan mampu mengurangkan kehadiran bakteria pada kulit wajah, mengecilkan liang pori, mengurangkan jerawat dan menjadi pe­nyelesaian kepada masalah kulit berminyak.

Krim malam dan siang ini sangat halus dan mudah meresap ke dalam kulit membantu melengkapkan rutin penjagaan wajah. Pengguna boleh meneruskan aktiviti harian tanpa perlu memakai bedak.

Sejak dipasarkan, Khalila Miracle Skincare mendapat sambutan menggalakkan. Hanya selepas dua bulan dipasarkan, permintaan untuk produk ini semakin bertambah.

“Kami berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh dua bulan selepas pelancaran. Pelanggan kami mendapati ia benar-benar berkesan melembapkan kulit, menghilangkan jerawat serta parut jerawat dengan berkesan dan yang paling penting boleh dipakai ketika solat,” tambah Julia.

Semua produk juga terhad kerana pembuatannya perlu mengambil masa lama bagi menjamin kualiti dan khasiatnya. Ia kini dalam perancangan meluaskan pasaran dan mencari stokis yang berminat di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai Khalila Miracle Skincare bolehlah melayari Instagram: KhalilaSkincareOfficial atau Facebook Khalila Beauty and Health.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 5:42 AM