Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Didatangkan dengan lebih 45 warna pilihan terdiri daripada warna terkini dan menarik, selendang keluaran Sookascarf antara pilihan penggemar selendang kosong.

Bukan saja mempunyai keistimewaan dari segi warna, selendang koleksi ini turut direka dengan saiz bersesuaian yang labuh bagi memudahkan pemakai menggayakan fesyen diinginkan sekali gus mampu menutup bahagian dada.

Pemilik butik dalam talian Sookascarf, Dang Merdu Wangi Sainy berkata, semua rekaan selendangnya adalah terkini dan sesuai digayakan tanpa mengira had usia.

"Bagi koleksi selendang kosong ini, saya menggunakan material sifon yang mampu memberikan keselesaan dan mudah digayakan tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk membentuknya," katanya.

Dang Merdu Wangi berkata, selendang jenis kosong ini dijual dengan harga menarik iaitu RM39 sehelai dan harga promosi koleksi itu kini hanya RM35 sehelai.

"Selendang kami diminati disebabkan pilihan warna yang pelbagai dan pelanggan boleh membuat pilihan dengan mudah mengikut cita rasa dan kehendak mereka.

"Selain itu, saiz selendang yang agak labuh menyebabkan selendang kelihatan beralun di bahagian depan apabila dipakai dan tidak timbul soal saiz yang tidak bersesuaian atau masalah tidak boleh menggayakan fesyen yang diinginkan," ujarnya.

Menurut Dang Merdu Wangi yang sudah lebih setahun mengusahakan perniagaannya itu, walaupun selendang kosong kelihatan agak ringkas, dengan kepelbagaian warna dan kreativiti pemakai pasti kelihatan cantik dan manis dipandang.

"Saya berharap selendang ini bukan saja membantu wanita mahupun gadis moden yang tercari-cari selendang yang cantik dipakai, malah ia juga diharap memberi keselesaan kepada si pemakai kerana jenis kainnya tidak panas.

"Paling utama, selendang ini direka mengikut syariat Islam kerana ia labuh dan tidak jarang," katanya.

Layari ww.facebook.com/sookascarf atau Instagram Sookascarf untuk melihat koleksi selendang jenama ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:00 AM