TAMPIL anggun dengan pelbagai gaya.
TAMPIL anggun dengan pelbagai gaya.
Siti Nadirah Hafidzin


RATA-RATA Muslimah era kini lebih gemar menggayakan sehelai tudung yang mudah dan praktikal tanpa perlu menghabiskan banyak masa menghadap cermin semata-mata untuk kelihatan cantik.

Semakin bijak dalam berfesyen terutama berkaitan aspek pemilihan tudung, hampir semua Muslimah kini tidak hanya tertumpu dengan menyarung tudung berwarna hitam atau gelap semata-mata.

Seawal usia remaja hinggalah ke golongan berusia, masing-masing mempunyai cita rasa tersendiri. Ada selesa menyarung selendang dengan pelbagai gaya dan ramai juga sukakan sukakan tudung segera yang mudah dan pantas.

Memberi pilihan kepada penggemar tudung bawal dalam berfesyen, jenama Syaza Aleena tampil dengan koleksi terbaharunya yang didatangkan dalam pelbagai pilihan corak menarik.

Pengasasnya Nur Azlini Nawi berkata, koleksi terbaharu itu adalah jenis tudung bawal bercorak yang didatangkan dalam dua pilihan iaitu jenis biasa atau dihias batu berkilau.

“Lebih menarik, tudung bawal ini tidak perlu digosok, mudah dibentuk terutama pada bahagian wajah dan menggunakan material yang tidak panas.

TAK perlu digosok, mudah dibentuk terutama pada bahagian wajah.
TAK perlu digosok, mudah dibentuk terutama pada bahagian wajah.

“Menyentuh mengenai fabrik, kami memilih material jenis kapas premium voile yang selesa dan mudah digayakan. Koleksi ini juga didatangkan dalam saiz besar iaitu bidang 45 inci dan labuh tudung boleh diubah mengikut keselesaan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, tudung bawal bercorak tanpa batu dijual pada harga RM45 hingga RM55 bergantung pada jenis berbatu atau sebaliknya.

“Kami menjanjikan corak eksklusif selain mampu menepati cita rasa pelbagai pihak. Tudung bawal ini juga sesuai digayakan untuk gaya harian sama ada ke pejabat atau ketika bersantai di hujung minggu.

“Ia juga sesuai untuk pelbagai lapisan usia disebabkan coraknya terkini dan didatangkan dalam banyak corak serta rona menarik,” ujarnya.

Katanya, paling utama pihaknya menjanjikan keselesaan kepada pemakai yang boleh menggayakan koleksi itu mengikut cita rasa dan fesyen kesukaan masing-masing.

“Ada individu suka tampil ringkas dan boleh terus memakai tudung ini kemudian diletakkan pin kecil di bahagian depan manakala ada juga yang suka bergaya dengan pelbagai gaya lilitan.

“Semua itu terpulang kepada si pemakai kerana seperti yang semua tahu, tudung bawal lebih mudah untuk digayakan dalam apa saja gaya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 5:10 AM