SELENDANG Aisyah Pleated mempunyai lipatan yang siap dijahit dibahagian atas.
SELENDANG Aisyah Pleated mempunyai lipatan yang siap dijahit dibahagian atas.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Bukan saja selesa dan manis digayakan sama ada ke pejabat atau sekadar menghadiri acara pada hujung minggu, koleksi selendang Aisyah Pleated koleksi daripada Cattleya Couture memberikan satu kelainan kepada Muslimah dan penggemar selendang.

Pemilik Cattleya Couture, Khairil Azwa Mohd Noor berkata, ia diilham­kan selepas mendapati ramai pelanggannya menggayakan selendang polos keluaran terdahulu dengan membuat lipatan di atas kepala.

Menurutnya, disebab­kan itu, pihaknya cuba mencipta kelainan sekali gus memudahkan pelanggan dengan mengeluarkan selendang Aisyah Pleated yang mempunyai lipatan di bahagian atas dan ia sudah siap dijahit.

"Selendang koleksi terbaru kami ini didatang­kan dengan 16 warna pilihan dan ia unik kerana mempunyai lipatan yang kelihatan seperti hiasan sebagai penambah seri si pemakai.

"Selain itu, cara pemakaiannya juga amat mudah selain diperbuat menggunakan fabrik berkualiti tinggi yang memberikan keselesaan terutamanya tidak panas ketika dipakai," ujarnya.

Khairil Azwa berkata, koleksi selendang itu baru saja dipasarkan dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Koleksi ini juga sesuai untuk semua lapisan usia bermula daripada remaja sehingga wanita dewasa baik yang mempunyai kerjaya mahupun suri rumah.

"Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM49 sehelai supaya lebih ramai wanita boleh bergaya cantik tanpa perlu mengeluarkan belanja besar apatah lagi ketika semua lapisan masyarakat dalam langkah berjimat cermat," katanya.

Menurut Khairil Azwa, koleksi itu diharap bukan saja membantu memberikan semangat kepada penggaya selendang khususnya jika memilih warna terang dan ceria.

Koleksi itu boleh didapati secara dalam talian ­dengan melayari laman web cattleya couture.com atau datang terus ke butik Cattleya di 12-1, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang,

Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:00 AM