Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
Oleh Zul Ikhwan Muhammad


Endau: Seorang anggota Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Tampoi, Johor maut terjatuh dari kapal ronda PA51 yang sedang dalam proses penyelengaraan di Limbungan Pospek, Kuala Sungai Endau, Tanjung Gemuk, di sini, 10.30 pagi tadi.

Lans Koperal Mohd Hazri Mokhtar, 40, terjatuh ke dalam sungai dari bot ronda milik pasukan itu ketika sedang melakukan kerja pemeriksaan dan penyelengaraan bersama lapan anggota yang lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sebaik menerima laporan gerakan mencari mangsa terdiri daripada polis serta anggota bomba dibuat bagi mencari mangsa.

“€œMayat mangsa ditemui pasukan penyelamat tidak jauh dari lokasi dia terjatuh kira-kira 11.45 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Mersing untuk dibedah siasat,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 2:45 PM