RUMAH mangsa yang dijilat api. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
RUMAH mangsa yang dijilat api. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
Zul Ikhwan Muhammad

Endau: Warga emas lelaki rentung dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Teriang Tengah di sini, kira-kira 3 pagi tadi.

Mangsa, Amin Awang, 88, yang juga bekas bilal Masjid Jamek Teriang, di sini, tinggal bersendirian ketika kejadian dan gagal menyelamatkan diri.

Beberapa jiran mangsa yang menyedari kejadian juga gagal membantu kerana api marak dengan cepat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Penolong Penguasa Bomba, Alias Husin, berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.09 pagi dan sebuah jentera bersama sembilan anggota diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba, sebahagian besar rumah sudah dijilat api, mayat mangsa ditemui di bahagian ruang tamu dipercayai cuba menyelamatkan diri dan operasi ditamatkan 6.06 pagi,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 10:06 AM