ALLAHYARHAM Abdul Rahman ditemui jiran yang keluar mencari selepas dia tidak pulang ke rumah sejak 6 petang semalam. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
ALLAHYARHAM Abdul Rahman ditemui jiran yang keluar mencari selepas dia tidak pulang ke rumah sejak 6 petang semalam. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
Oleh Zul Ikhwan Muhammad

Endau: Warga emas 70 tahun yang hilang sejak petang semalam ditemui mati di dalam kebun kelapa sawit di belakang rumahnya di Kampung Air Tawar di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Mayat Abdul Rahman Salleh ditemui jiran yang keluar mencari selepas lelaki itu tidak pulang ke rumah sejak 6 petang semalam.

Abdul Rahman yang tinggal bersendirian itu ditemui terbaring kaku berhampiran sebatang pokok kelapa sawit di dalam kebun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintenden Zukkepli Hashim berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan terperinci masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 September 2014 @ 3:59 PM