Kemunculan artis baru setiap hari adalah perkara biasa. Apabila mereka menjadi artis berpengalaman maka akan hadirlah lagi artis baru lain.

Dalam kehidupan sebagai artis, mereka juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Apatah lagi dalam dunia serba canggih dengan adanya laman sosial. Pastinya lebih mudah untuk orang mencari salah kita.

Bercakap mengenai perihal artis baru dan lama, SS tertarik melihat pertelingkahan yang berlaku baru-baru ini hanya kerana satu kenyataan yang dikeluarkan oleh si artis baru dan menjadi viral di laman sosial.

Bukan tertarik kerana suka, tetapi tidak sangka si artis lama begitu lantang bersuara menghentam di laman sosial.

Katanya hanya menegur supaya tidak tersasar dan orang tidak keliru. Namun yang tidak bagusnya dia menegur di laman sosial.

Walaupun teguran itu sudah dipadam, nasihat SS beringatlah sebelum melakukan apa-apa. Laman sosial yang ada sekarang ramai orang suka salah guna.

Kalau hendak menegur lebih baik mesej secara peribadi saja tanpa pengetahuan orang ramai.

SS memang terkejut tidak sangka artis lama ini boleh memberi kenyataan seperti itu. Tidak tahu apa masalah dia sehingga melenting tidak tentu pasal.

Tahulah anda itu sudah popular, jadi berhati-hatilah dengan setiap apa yang anda hendak lakukan bukan suka-suka hendak tegur orang seolah-olah anggap diri anda sudah bagus.

Ingatlah anda dulu pernah bergelar artis baru dan pernah juga melakukan kesilapan.

SS harap apa yang berlaku tidak akan berulang lagi. Industri hiburan tanah air kecil saja ke mana-mana pergi pasti akan bersua juga.

SS: Kalau sudah tidak suka jangankan hendak tegur, pandang muka pun tidak mahu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 10:34 AM