SS sebelum ini pernah berkongsi cerita mengenai seorang artis yang kerap memuat naik gambar menunjuk kemewahannya di laman sosial.

Artis itu bukanlah terkenal sangat pun, jadi tidak hairanlah dia aktif berkongsi gambar aktiviti seharian bersama peminat.

Namun, apa yang perhatikan, artis ini seolah-olah cuba meraih perhatian daripada peminat dengan berkongsi perkara tidak berkaitan seolah-olah mencari publisiti murahan.

Nak dijadikan cerita, artis ini pernah melelong beberapa barang berjenama miliknya di laman sosial kononnya sudah tidak berminat dengan kemewahan serta ingin mengamalkan cara hidup sederhana.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, SS dapat tahu artis terbabit memuat naik gambar kasut berjenama yang bernilai puluhan ribu pula di laman sosial miliknya.

SS juga berasa pelik, artis itu pernah memberitahu memerlukan wang namun mampu pula membeli barang yang lebih mewah lagi.

Bagi SS, artis ini seperti riak dengan kemewahan dimilikinya itu. Sepatutnya, artis itu memanfaatkan laman sosial untuk menaikkan lagi karier seninya itu.

Lebih baik dia kurangkan gambar 'selfie' dan menunjuk kemewahan bagi mengelak daripada mendatangkan fitnah pada dirinya sendiri.

SS: Pening tengok laman sosial artis dihujani pelbagai iklan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:00 AM