FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Pejabat pentadbiran D1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman musnah dalam kebakaran pada 7.20 petang tadi.

Kebakaran di tingkat 10 menara 2 itu bagaimanapun hanya memusnahkan buku dan dokumen.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.20 petang tadi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Sentul dan BBP Titiwangsa bersama 24 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, didapati keseluruhan tingkat 10 bangunan ini sedang marak dan anggota bomba berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran pada 7.47 malam tadi,"katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kebakaran sedang disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 8:53 PM