Oleh Abd Rahman Adam


Kuching: Pesawat MXD 1601 milik Malindo Air terpaksa mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), selepas 10 minit berlepas kerana mengalami masalah teknikal pagi tadi.

Jurucakap LTAK berkata, pesawat terbabit berlepas pada jam 9.35 pagi dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11.20 pagi, bagaimanapun mengalami masalah teknikal mengakibatkan perjalanan pesawat terbabit ditangguhkan kira-kira tiga jam bagi memastikan pesawat berada dalam keadaan selamat.

Katanya, penangguhan waktu pernerbangan adalah dikesali, namun ia adalah penting bagi menjamin kerosakan teknikal dibaik pulih.

"Pesawat terbabit dijangka berlepas semula pada 12.30 tengah hari ini," katanya.

Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan sama ada penumpang itu ditukar menggunakan pesawat lain, malah belum ada pengesahan sama ada pesawat itu berlepas tengah hari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2015 @ 3:58 PM