Saya memandu Nissan Sentra 1.6 keluaran 2002. Kereta saya ada masalah kotak gear.

Kadangkala gear tidak bertukar secara automatik sehingga saya terpaksa berhentikan kereta kira-kira lima minit sebelum boleh memandunya semula.

Kenapa ia berlaku dan apakah cara untuk mengatasinya?

AZRIEN, Selangor

Pertukaran gear adalah apabila kotak gear mengesan perubahan tekanan mengikut bebanan. Apabila injap rosak atau tersangkut, operasi terganggu dan gear tidak beralih.

Kerosakan itu boleh berlaku akibat pelbagai punca membabitkan mungkin injap tekanan atau kumpulan injap yang bermasalah.

Pada dasarnya terlalu banyak karbon dan kotoran akan menyebabkan badan injap tidak berfungsi dengan baik.

Penukaran bendalir ATF dan penapis adalah perlu, malah mungkin mampu memperbaiki masalah sebenar ini.

Bawa kepada pakar untuk diperiksa dengan komputer bagi mengenal pasti masalah sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2015 @ 5:01 AM