Bersama Ahmad Salihin Abd Rahim.


Adakah sukar untuk menukar gear dengan transmisi automatik dan manual bagi Proton Wira?

Selain itu, mungkinkah kotak gear kereta berkenaan cepat rosak sekiranya mengisi minyak pelincir transmisi secara berlebihan?

SYUKUR,

Kuala Lumpur

Adalah normal sekiranya kereta berumur mengalami kesukaran memasuki gear.

Sekiranya klac ditukar baru, boleh diandaikan anda turut ­menukar perumah klac dan ­gegalas kerana kedua-duanya memainkan peranan penting ­dalam kelancaran memasukkan gear.

Kotak gear bagi Proton Wira menggunakan kabel penghubung dan memberi masalah sekiranya ia mula memanjang atau sarungnya kehausan.

Ada juga yang menukar penghubung gear alat ganti dari Mitsubishi Lancer Evo, tetapi ada sedikit perbezaan dari bentuk sudut tuil dan panjang.

Penghubung penukar gear juga perlukan pemeriksaan supaya ia kekal ketat dan tidak terlalu longgar.

Minyak yang berlebihan tidak menjejaskan kotak gear, cuma enjin rasa sedikit berat dan gear sukar dimasukkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 6:01 AM