PAPAN tanda angin lintang bagi memberi peringatan kepada pengguna. Gambar kecil, pacuan empat roda dipandu Zainun terbabas.
PAPAN tanda angin lintang bagi memberi peringatan kepada pengguna. Gambar kecil, pacuan empat roda dipandu Zainun terbabas.
Oleh Helmy Abd Rahman dan Rosli Ilham

Dungun: Belumpun dua tahun dibuka sepenuhnya dan dikenakan bayaran tol, Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) sudahpun ‘meragut’ puluhan nyawa.

Sepanjang bulan lalu saja, sembilan korban dicatatkan di lebuh raya sepanjang 184 kilometer itu menjadikan lebih 50 nyawa melayang setakat ini di lebuh raya berkenaan.

Antara yang paling menyayat hati, kemalangan maut mengakibatkan lima sekeluarga di Kilometer 386.6 LPT2 di Hulu Terengganu pada 24 Mei lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, pemandu dan tiga penumpang kereta Kia Spectra itu termasuk dua kanak-kanak mati terbakar selepas dirempuh sebuah lori 10 tan.

Kejadian itu menyebabkan pemandu kereta, Ahmad Razi Harun, 53, dan ahli keluarganya, Dayang Suhana, 23, Umar Rayyan Suhaimi, 6, Nur Damia Irdiha Rosailan, 1, dan Hafshah Wangai, 56, terbunuh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2015 @ 7:25 AM