PEMANDU masih berhenti di lorong kecemasan LPT2.
PEMANDU masih berhenti di lorong kecemasan LPT2.
Oleh Rosli Ilham


Chukai: Lorong kecemasan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), di sini, terus menjadi tumpuan pemandu berhenti rehat walaupun tindakan mereka itu boleh membahayakan nyawa sendiri dan pengguna lain.

Mereka tidak takut dengan amaran pihak berkuasa akan mengambil tindakan saman kepada pemandu yang berhenti di lorong kecemasan.

Tinjauan di lebuh raya itu dari Kilometter 401 di Ajil hingga ke Kilometer 255 dekat Perasing, di sini, mendapati masih ramai pemandu lori dan kereta berhenti di lorong kecemasan untuk berehat dan menjawab panggilan telefon.

Seorang pengguna LPT2, Agus Hamzah, 49, berkata, dia kecewa ramai pengguna lebuh raya masih berhenti di lorong kecemasan terutamanya pada waktu malam.

Menurutnya, kemalangan lima sekeluarga yang rentung di Kilometer 386.6, dekat Ajil pada Mei lalu dan yang terbaru mengorbankan enam sekeluarga di Kilometer 258.8 dekat Perasing, Kemaman pada 14 Oktober perlu diambil iktibar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 7:27 AM