GAUN labuh daripada fabrik renda diperkemaskan dengan tali pinggang.
GAUN labuh daripada fabrik renda diperkemaskan dengan tali pinggang.
BLAUS putih dan skirt padanan menawan sesuai untuk semua golongan wanita.
BLAUS putih dan skirt padanan menawan sesuai untuk semua golongan wanita.
BAJU kurung  gaya moden tapi tetap perlihat kesopanan wanita.
BAJU kurung gaya moden tapi tetap perlihat kesopanan wanita.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Tidak lapuk ditelan zaman, busana bertemakan tradisional menjadi pilihan wanita menjelang Aidilfitri. Dengan mengekalkan unsur tradisi diperkemaskan menerusi potongan dan perincian memikat, sepasang baju kurung akan memperlihatkan wanita tampil lebih anggun pada pagi Syawal.

Meneruskan kesinambungan dalam mengetengahkan gaya tradisional untuk raya tahun ini, pereka tersohor Rizalman Ibrahim hadir dengan gabungan busana sofistikated moden dan elegan tradisional khas untuk peminat Zalora.

Sebagai destinasi fesyen dalam talian terkemuka di Asia, kerjasama dengan pereka fesyen terkenal Malaysia Rizalman sesuatu yang amat dinanti-nantikan bukan saja bagi peminat Rizalman tetapi juga pembeli dalam talian.

Rizalman untuk Zalora kali ini menggabungkan reka bentuk klasik dengan sentuhan baru. Ketelitian dapat dilihat apabila busana yang diberikan gaya moden, namun pada masa sama memperlihatkan wanita lebih sopan dan anggun.

Menurut Pengarah Urusan Zalora Giulio Xiloyannis, Zalora sangat ter­uja membawakan koleksi menakjubkan daripada pereka berbakat, Rizalman.

“Tahun demi tahun kita tidak hanya terpesona de­ngan rekaan yang ditampilkan malah landskap yang cukup kreatif hasil sentuhannya. Tahun ini juga menampilkan filem pendek pertama yang diarahkan Rizalman berjudul Lara dibintangi legenda Fauziah Nawi dan Scha Alyahya. Penggambaran berlangsung di Malaysia dan Istanbul, Turki sekali gus menampilkan koleksi Rizalman untuk Zalora yang dipakai bakat besar ini,” katanya.

Untuk rekaan kali ini, Rizalman hadir dengan tanda pengenalan menerusi potongan mengikut badan dan rekaan kurung elegan membentangkan idea baru dan segar untuk koleksi pakaian tradisional musim perayaan dan pakaian harian. Penambahan perincian yang minimum, dengan memberikan tumpuan kepada penggunaan kain yang indah dan inovatif pula meningkatkan keanggunan setiap koleksi.

Antara fabrik digunakan ialah jersi, renda, crepe sutera dan georgette sutera bagi menampilkan gaya tersendiri serta tambahan kepada elemen renda dan unsur logam yang mewujudkan gaya sofistikated. Fabrik indah bercetak khas dan corak klasik ‘animalier’ memecahkan kebosanan koleksi, sesuai untuk peminat drama dan pop.

Memasuki tahun ke-20 sebagai pereka fesyen, Rizalman turut melancarkan buku pertama bertajuk Backstage iaitu perjalanan selama 20 tahun dalam dunia fesyen yang diterjemahkan dalam bentuk fotografi serta imej di belakang tabir eksklusif khas untuk peminatnya. Backstage juga boleh dibeli di www.zalora.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2015 @ 12:15 PM