Penduduk mengambil makanan untuk bersahur. FOTO Edmund Samunting
Penduduk mengambil makanan untuk bersahur. FOTO Edmund Samunting
Ardyhansah Amat


Ranau: Walaupun sedih tidak dapat berpuasa di rumah, sebahagian besar daripada lebih 100 penduduk Kampung Mesilau beragama Islam termasuk kanak-kanak yang dipindahkan ke Dewan Kundasang kerana banjir lumpur sejak lima hari lalu tetap tabah.

Tinjauan Harian Metro di pusat pemindahan sementara itu mendapati, sekumpulan penduduk mula memasak seawal 2 pagi dengan menyediakan beberapa jenis masakan seperti sayur, nasi dan ayam bagi membolehkan mangsa beragama Islam bersahur pagi tadi.

Seorang tukang masak yang ditemui, Latisah Ambun, 47, berkata, sebahagian besar mangsa banjir ditempatkan mangsa banjir lumpur adalah beragama Islam.

"Justeru, ibadat berpuasa perlu diteruskan seperti biasa dan kami akan memasak apa jua makanan yang didermakan demi kemudahan semua mangsa di sini.

"Bagi memudahkan kerja memasak, kami mula memotong dan mencuci semua bahan mentah seperti sayur dan ayam pada sebelah malam, sebelum memasaknya pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 11:36 AM