MAYAT ketiga-tiga beradik berkenaan di atas katil di kediaman mereka.
MAYAT ketiga-tiga beradik berkenaan di atas katil di kediaman mereka.
Agensi

Lahore: Seorang bapa menjerut hingga mati tiga anak perempuannya kerana ‘tidak mahu membazirkan wang untuk pendidikan mereka.’

Irshad Ahmed membunuh ketiga-tiga anaknya, kembar Chashman dan Aman yang berusia tujuh tahun serta adik mereka, Fiza, 5, Ahad lalu. selepas menyuruh isterinya Shabana Naz menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka bersama satu-satunya anak lelaki mereka.

Shabana bagaimanapun, membawa anak perempuan bongsu mereka yang berusia dua tahun.

Apabila pulang ke rumahnya di bandar Chak Jumra, 135 kilometer ke barat daya Lahore, dia menemui mayat ketiga-tiga anak perempuannya terlantar di atas katil.

Ketika disoal siasat polis, wanita itu berkata suaminya sering merungut dengan berkata, anak perempuan mereka akan menyebabkan keluarganya mati kebulur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 8:31 AM