KEADAAN banjir di sekitar Kampung Kauran dan pekan kecil Bingkor di Keningau. FOTO Cleo Will

Oleh Cleo Will

Keningau: Hujan lebat selama kira-kira tiga jam menyebabkan beberapa perkampungan di sekitar daerah ini, mula dinaiki air.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau, Blasius Ampun berkata, antara penduduk yang terjejas adalah di sekitar kampung Magatang, Baginda, Luagan dan Bingkor

"Selain itu, Sekolah Rendah (SK) Kauran dan perumahan berhampiran turut dinaiki air sehingga hampir 50 sentimeter (sm).

"Susulan kejadian ini, bomba mengarahkan beberapa jentera ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan orang ramai," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Blasius mengingatkan penduduk supaya tidak panik dan mengambil langkah berjaga-jaga selain bersedia untuk ke lokasi lebih selamat sekiranya situasi bertambah buruk.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 8:10 PM