Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan peruntukan pinjaman TEKUN sebanyak RM10 juta kepada bekas kakitangan MAS yang diberhentikan baru-baru ini untuk terbabit dalam bidang pertanian.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap daripada mereka akan diberikan pinjaman antara RM10,000 hingga RM50,000.

Katanya, langkah itu diambil untuk bersama-sama meringankan beban bekas kakitangan yang berkemungkinan terdiri daripada anak petani, nelayan dan penternak.

"Walaupun ia tiada kaitan dengan kita, namun kita berasa bertanggungjawab untuk bantu bekas pekerja MAS dan akan bincang dengan kesatuan pekerja MAS.

"Selepas itu mereka boleh berjumpa dengan pegawai kita untuk menyertai pelbagai program yang disediakan dan jumpa pegawai kita di TEKUN untuk mendapatkan pinjaman itu," katanya ketika berucap pada program Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan (HPPNK) peringkat negeri Kelantan 2015, di sini, petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 6:27 PM