MUHAMMAD Ezuan hanya tewas 0.6 mata di belakan pemenang pingat emas. FOTO Rosli Rahmat
MUHAMMAD Ezuan hanya tewas 0.6 mata di belakan pemenang pingat emas. FOTO Rosli Rahmat
Oleh Hamdan Said

Incheon: Penembak negara, Muhammad Ezuan Nasir Khan melakar kejutan apabila memenangi pingat perak acara 50 meter rifle prone individu lelaki di Lapang Sasar Antarabangsa Ongnyeon, hari ini.

Penembak berusia 25 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu turut memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri apabila mengumpul 208.5 mata pada saingan final.

Dia hanya tewas 0.6 mata di belakang pemenang pingat emas Zhao Shengbo dari China yang mencatat rekod baru temasya dengan 209.1 mata manakala Park Bong Duk dari Korea Selatan meraih gangsa dengan 186.6 mata.

Rekod kebangsaan Ezuan sebelum ini 206.2 dilakukan pada kejohanan Terbuka Selangor Januari lalu.

Kejayaan Ezuan membolehkan skuad menembak meraih dua perak dan satu gangsa setakat ini. Semalam, Nur Suryani Taibi memenangi pingat perak acara 50m rifle prone individu wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 September 2014 @ 6:34 PM