DARI kiri Lim bersama selebriti Irma Hasmie, Sharifah Sofia dan Chef Zaidah ketika majlis mengumumkan resipi telur goreng Planta, baru-baru ini.
DARI kiri Lim bersama selebriti Irma Hasmie, Sharifah Sofia dan Chef Zaidah ketika majlis mengumumkan resipi telur goreng Planta, baru-baru ini.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Telur goreng sempurna sememangnya menyelerakan. Namun, telur goreng yang dimasak dengan Planta sememangnya enak, garing, penuh aroma, tidak berminyak berserta warna kuning dan putih telur yang menarik.

Telur goreng ini mudah disediakan dan boleh dinikmati begitu saja. Ia enak dimakan bersama sandwic atau sepinggan nasi goreng mahupun nasi lemak.

Sebagai jenama terkemuka dan dipercayai rakyat Malaysia sejak turun-temurun, Planta hari ini meraikan keenakan resipi telur goreng yang dimasak dengan marjerin. Bagi kaum ibu, hidangan telur goreng pastinya digemari anak-anak dan menjadi menu kemestian mereka.

Menurut Pengurus Jenama Kategori Makanan Unilever (M) Holdings Sdn Bhd Joel Lim, telur goreng adalah satu daripada resipi yang paling mudah dan cepat disediakan. Hanya dengan satu sudu marjerin ini, keenakan telur goreng boleh diubah serta-merta.

“Planta bukan saja mempunyai rasa tersendiri, ia juga memberi tekstur garing berserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh kelazatan,” katanya.

Pada acara yang berlangsung di pusat beli-belah terkemuka 1 Utama, orang ramai diberi peluang merasai keenakan resipi telur goreng. Orang ramai dan media diminta meneka perbezaan telur yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak melalui ujian rasa. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk mengundi resipi pilihan mereka.

Pelakon dan ibu kepada dua cahaya mata, Sharifah Sofia yang turut serta dalam demonstrasi memasak telur goreng dan Perang Resipi Telur Goreng berkongsi pengalaman merasai keenakan telur goreng dan memberikannya kepada anak sulungnya, Sharifah Ariana, 4. Dia mengakui keenakan telur goreng yang dimasak dengan marjerin terbabit bakal menjadi resipi kesukaan ramai.

Untuk maklumat lanjut mengenai resipi telur goreng marjerin ini, layari laman sosial Facebook Planta di www.facebook.com/PlantaMalaysia atau Youtube Planta di www.youtube.com/resepiplanta. Marjerin ini boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara dengan harga runcit sebanyak RM4.90 untuk 240 gram dan RM8.40 untuk 480 gram.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 1:37 PM