TERTUDUH di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
TERTUDUH di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Remaja berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian pelajar junior di Kolej Vokasional Bachok, 12 Mei lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus selepas kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mohd Yusoff membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan hingga menyebabkan kematian Muhammad Nur Akram Zime, 16, dengan niat hendak menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 1:17 PM