Oleh Norul Awatif Romli


Alor Setar: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan di Alor Senibong, Mukim Tajar, di sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Faridul, 20, mengaku bersalah selepas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibacakan di depan Pesuruhjaya Kehakiman Dr Choo Kah Sing.

Mengikut kertas pertuduhan pilihan itu, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, dengan mendatangkan kecederaan pada tubuh badan mangsa hingga menyebabkan kematian pada 29 November 2013 antara 9.30 malam hingga 11.30 malam, dalam kawasan bendang terbiar di Alor Senibong, Mukim Tajar.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun atau denda.

Hakim menetapkan 9 April depan sebagai tarikh untuk keputusan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 1:39 PM