Bangkok: Kerajaan junta tentera Thailand kelmarin meluluskan rang undang-undang cukai warisan sebagai pembaharuan cukai untuk meluaskan pendapatan negara itu.

Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Perwakilan Kebangsaan pada lewat kelmarin.

Cukai baru itu mewajibkan pewaris harta melebihi 100 juta baht (RM10.76 juta) membayar cukai antara 5 peratus hingga 10 peratus.

Rang undang-undang itu akan dikuatkuasakan dalam tempoh 180 hari selepas mendapat perkenan Raja Thailand. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2015 @ 5:12 AM