TEKNIK  pencahayaan pada ruang makan juga penting.
TEKNIK pencahayaan pada ruang makan juga penting.
TEKNIK sentuhan dekorasi pada ruang makan amat berbeza dengan ruang lain.
TEKNIK sentuhan dekorasi pada ruang makan amat berbeza dengan ruang lain.
MEMILIH dekorasi jambangan bunga segar adalah sesuatu yang amat tepat.
MEMILIH dekorasi jambangan bunga segar adalah sesuatu yang amat tepat.

Salam semua, celoteh kali ini lebih istimewa apabila memfokuskan sentuhan dekorasi ruang dan meja makan anda.

Ruang makan antara tempat terpenting buat seisi keluarga ketika menjamu selera. Tentunya ruang makan yang menarik dan selesa mengundang kemeriahan serta keceriaan.

Teknik sentuhan dekorasi ruang makan amat berbeza dengan ruang tamu, ruang keluarga atau bilik tidur. Ruang makan terbahagi kepada dua, iaitu ruang makan keluarga dan ruang makan tetamu. Memandangkan kediaman hari ini tampil dengan hanya satu ruang makan, saya cuba menggabungkan teknik sentuhan, jadi ia sesuai menjadi ruang makan tetamu dan ruang makan keluarga sekali gus.

Selalunya warna untuk ruang makan lebih baik dipilih daripada warna yang lebih lembut iaitu dari koleksi pastel. Warna ruang makan tidak perlu terlalu terang dan menyerlah, malah lebih utama elak memilih warna terang untuk ruang makan.

Warna terang membangkitkan suasana lebih panas dan mengalirkan lebih aura tenaga. Jadi, tidak mustahil anda lebih bermandi peluh apabila menghirup sup panas di ruang makan dengan warna terang seperti merah dan jingga.

Teknik pencahayaan pada ruang makan juga berbeza. Ruang makan harus tampil dengan limpahan cahaya lebih terang yang terus menerjah ke permukaan meja makan. Ini adalah suatu teknik sering ditinggalkan dan akibatnya ruang makan tampil tanpa aura tersendiri.

Ruang makan seharusnya memilki lampu jenis gantuĀ­ngan dari siling yang labuh ke permukaan meja malah lebih sesuai apabila lampu itu berada tepat di tengah-tengah ruang atau permukaan meja makan anda.

Bagi ruang makan yang terhad, pemilihan meja makan dengan bentuk bersegi adalah lebih tepat. Meja makan berbentuk empat segi lebih menjimatkan ruang berbanding meja makan berbentuk bujur ataupun bulat. Pemilihan kerusinya juga datang dalam pelbagai kemasan. Jika anda masih mempunyai anak kecil, elak memilih kerusi meja makan berfabrik.

Meja makan juga perlu mempunyai sedikit kesegaran. Jadi, memilih dekorasi jambangan bunga segar adalah sesuatu yanga amat tepat. Jika anda tidak mempunyai masa, pilih jambangan bunga plastik untuk sedikit dekorasi.

Tetapi, anda juga harus ingat elakkan sebarang dekorasi selain dari jambangan bunga mahu pun nyalaan lilin di atas meja makan. Ini kerana bahan dekorasi lain selalunya kurang seĀ­suai menghiasi meja dan ruang makan.

Elak meletak bingkai gambar atau bahan dekorasi yang agak besar di atas meja makan anda. Jika anda punya pilihan, ruang makan lebih tepat berada berhampiran tingkap atau sumber pencahayaan asli. Secara tidak langsung kediaman mampu tampil lebih selesa malah berada di dalam rumah seharian bisa menjadi satu momen yang menyenangkan.

Sedikit panduan sentuhan dekorasi ruang makan, pastinya selepas ini anda sibuk pula menyelak majalah resipi bagi menyediakan hidangan lazat apatah lagi sebagai hidangan untuk insan tersayang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 4:30 AM