KUMPULAN Wings yang segak berpakaian seperti pahlawan zaman silam.
KUMPULAN Wings yang segak berpakaian seperti pahlawan zaman silam.
Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Mempersembahkan lagu Inspirasi Taming Sari, ia berjaya memukau tetamu yang hadir ke majlis sidang media Konsert Wings Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia di Istana Budaya, Kuala Lumpur, kelmarin.

Berbekalkan inspirasi daripada lagu yang dimuatkan dalam album sulung Wings pada 1987 ini, hati Awie terdetik untuk menganjurkan konsert yang bakal menemui peminat di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 16 Jun depan.

Menerusi syarikatnya Awie Entertainment Sdn Bhd, dia mengambil inisiatif menyatukan orang Melayu yang semakin hilang hala tuju dek kerana perbalahan sesama sendiri.

Dalam sidang media itu, Awie serta tiga lagi anggota Wings iaitu Joe, Black dan Eddie segak berpakaian seperti laksamana bakal menghunus senjata masing-masing, berpencak dengan lagu dan muzik dalam persembahan yang diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Konsert berskala besar ini menggabungkan Wings dengan 20 hingga 25 pemuzik dan persembahan yang dipaparkan berlainan sama sekali daripada sebelumnya kerana mereka mengangkat lagu bertema perjuangan bagi meniup kesedaran kepada orang Melayu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 6:50 AM