PELBAGAI acara menanti di MaTiC Fest 2014.
PELBAGAI acara menanti di MaTiC Fest 2014.
PERLUMBAAN Tamiya Mini 4wd ada kejutan tersendiri.
PERLUMBAAN Tamiya Mini 4wd ada kejutan tersendiri.
PERTANDINGAN gusti lengan.
PERTANDINGAN gusti lengan.

Melihat kereta lumba Tamiya Mini 4WD yang meluncur di landasan cukup mengujakan dan aksi selamba penunggang basikal BMX dan Inline Skating mendapat sorakan penonton.

Selain itu, pertandingan gusti lengan, paintball sukan rakyat memeriahkan suasana MaTiC Fest 2014 yang berlangsung sehingga Ahad ini.

Menjadi acara tahunan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), MaTiC Fest 2014 yang memasuki tahun ketiga penganjurannya menawarkan pelbagai aktiviti riadah di hujung minggu.

Ia dianjurkan bagi memperkenalkan produk pelancongan dan kebudayaan kepada pengunjung MaTiC dari dalam dan luar negara.

Timbalan Pengarah MaTiC, Mohd Khairul Ahzani berkata, MaTiC Fest 2014 dianjurkan bagi menyediakan platform kepada masyarakat ibu kota acara rekreasi hujung minggu.

Beliau berkata, ia bagi mempromosikan sukan ekstrem dan sukan rakyat yang jarang dapat ditonton di tempat lain.

"Karnival tahun ini banyak memberi fokus kepada kebudayaan, sukan rakyat dan X Game yang sesuai dengan selera anak muda.

"Apa yang menarik, perkhidmatan yang kami tawarkan adalah percuma," katanya.

Menerusi MaTiC Fest 2014, aktiviti hujung minggu lebih bermakna kerana berpeluang menyaksikan pertanding gusti lengan, Paintball '3 On 3', pertandingan mewarna batik, sukan dan permainan rakyat, mencari harta karun dan demostrasi flying fox.

"Jika berminat mengambil bahagian, waktu pendaftaran dibuka jam 3 petang esok manakala pertandingan pada Sabtu dan Ahad.

"MaTiC Fest 2014 turut menyediakan pelbagai hidangan menarik mengikut negeri, antaranya sate, tulang rebus, laksa, nasi kerabu dan cendol," katanya.

Bagi mengelak kesesakan untuk ke karnival itu, beliau menasihatkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Lokasi MaTiC di tengah ibu kota menyebabkan ruang parkir terhad dan mungkin memberi kesukaran jika menggunakan kenderaan sendiri.

"Anda boleh menggunakan pengangkutan awam seperti LTR Putra (KLCC/ Dang Wangi), Monorel (Bukit Nanas) dan perkhidamatan bas percuma iaitu Go KL yang berhenti di hadapan MaTiC," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:00 AM