DRAMA Eksperimen Cinta turut jadi titik-tolak untuk Izreen kenal dan belajar berhijab.
DRAMA Eksperimen Cinta turut jadi titik-tolak untuk Izreen kenal dan belajar berhijab.
Oleh Rudy Imran Shamsudin


Manis dan nampak lebih berseri, begitulah kebanyakan komen peminat menerusi laman sosial Instagram milik pelakon Izreen Azminda Aznam, 30, apabila melihat dia tampil bertudung.

Begitupun, kebanyakan peminat mahupun rakan media beranggapan pelakon asal Kangar, Perlis itu berhijab hanya kerana menjayakan drama rantaian terbaru lakonannya, Eksperimen Cinta bakal mengisi slot Dahlia di TV3, bermula 13 Jun depan bergandi­ngan dengan aktor kacak, Fahrin Ahmad.

Namun sewaktu dihubungi baru-baru ini, Izreen menegaskan, dia kini bertudung sepenuhnya dan ia dilakukan dengan kerelaan hati.

“Menurut agama Islam, me­nutup aurat adalah wajib dan sebelum ini pemikiran saya cetek. Saya beranggapan jika bertudung, saya akan kurang mendapat tawaran berlakon.

“Begitupun, niat hati itu sudah terpendam lama tetapi saya tidak melakukannya kerana terikat de­ngan jadual kerja. Keba­nyakan watak pula antagonis dan tidak bertudung,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 7:15 AM