IZREEN. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
IZREEN. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
Sudirman Mohd Tahir


Sejak melalui episod perceraian dua tahun lalu, pelakon popular Izreen Azminda tampak selesa hidup solo tanpa sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki.

Meskipun sepanjang tempoh itu dia beberapa kali dikaitkan dengan pelakon lelaki, Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 31, berjaya menepis gosip yang datang menerpa.

Bagi Izreen yang popular menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, dia akui enggan terburu-buru dalam soal mencari pasangan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Apa yang berlaku sebelum ini saya anggap sebagai pengalaman yang mematangkan diri saya. Disebabkan hal itu, saya tidak boleh tersilap langkah lagi. Memang susah nak mencari pasangan yang sempurna tapi sekurang-kurangnya biarlah satu hari ditemukan dengan lelaki yang bertanggungjawab dalam segala hal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 9:10 AM