KEADAAN bayi kembar siam yang dirawat di sebuah hospital di Aceh.
KEADAAN bayi kembar siam yang dirawat di sebuah hospital di Aceh.
Agensi

Banda Aceh: Sebuah hospital di sini sedang membuat persiapan untuk memisahkan bayi kembar siam yang dilahirkan bercantum di bahagian kepala.

Satu pasukan perubatan di Hospital Zainoel Abidin merancang untuk memisahkan bayi perempuan berkenaan yang dilahirkan pada 2 Mei lalu.

Doktor pakar kanak-kanak, Isra Firmansyah berkata, bayi berkenaan dilahirkan tidak cukup bulan dan kini ditempatkan di dalam inkubator.

Katanya, pasangan bayi kembar itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 4.4 kilogram dan berada dalam keadaan sihat.

“Kami menunggu bayi ini lebih sihat lagi dan pembedahan mungkin akan dilakukan dalam tempoh 14 hari lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 7:40 AM