PENANG 04 May 2015. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga kiri) bersama dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan), Datuk Ustaz Kazim Elias serta calon BN PRK Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin (empat kanan) hadir di program ceramah perdana, Datuk Ustaz Kazim Elias di SMK Permatang Pasir, Permatang Pauh. NSTP/Yazit Razali

Oleh Shamsul Munir Safini

Permatang Pauh: Hudud masih belum dapat dilaksanakan dan banyak perlu diutamakan terlebih dahulu terutamanya ekonomi.

Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias menjelaskan bahawa kerajaan dahulu didakwa tidak menyokong hudud, namun kini sebaliknya.

Menurutnya, jika perkara ini dibawa ke Parlimen ia memerlukan sokongan majoriti dan usul hudud yang dilaksankan di Kelantan disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sendiri.

Kazim berkata, soal siapa yang menolak hudud juga jelas dan sesiapa yang menentangnya juga adalah zalim.

"Jadi jika mereka zalim, buat apa kita mahu menyokong orang yang zalim?," soalnya ketika menyampaikan ceramah perdana di hadapan ribuan penduduk Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di sini, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 11:42 PM